CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »


Get your own Digital Clock





Tuesday, March 8, 2011

TAUBATAN NASUHA



Bismillahhirrahmanirrahim...
Dengan Nama Allah Ya Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....


Hari ini terlintas di fikiran dan di hati ku, teringin pulak nak
dengar Qhasidah Taubatan Nasuha...
Yelah tinggal beberapa hari sahaja aku akan berangkat
ke Tanah Suci untuk menunaikan tanggujawab sebagai
Petugas Umrah dan juga pada masa
sama menunaikan Umrah...
YA ALLAH!!!
tak ku sangka ENGKAU memberi peluang
kepada ku yang mungkin orang lain
hendaki lebih dariku...
Aku BERSYUKUR.....
Semoga aku dapat memperbaiki
diriku yang Lemah dari pelbagai segi...
Semoga juga aku mendapat umrah yang MABRUR...Amin
dikesempatan ini juga Aku insan yang Lemah ingin
memohon maaf di atas keterlanjuran dari segi
bahasa & perilaku yang kurang disenangi atau tidak di perasan...MAAF

Monday, March 7, 2011




Masyarakat Kita Sekarang!!! Sedarlah!!!



*sempat aku ambil gambar
Kereta Gen2 Merah yang hendak dicerita...baca sampai abis, bagi pandangan anda...


Pasti anda semua pernah mendengar cerita
ANAK KECIL
yang dilarikan
PEROMPAK @ PENCULIK....

Banyak kejadian berlaku seumpama seperti
semasa IbuBapa
mereka mengisi minyak kereta atau
pergi ke kedai sebentar
untuk beli barang
di tinggalkan ANAK KECIL di dalam kereta,

dipasang aircond atau tingkap dibuka tetapi
TIDAK BERKUNCI....

BERKUNCI pun BAHAYA!!!
Tiada Tanggungjawab Langsung!!!...
Hendak dijadikan cerita, ahad lepas 6/3/2011,
temankan kawan nak beli tiket bas...
Tunggu punya Tunggu,

orang kat kaunter tak datang lagi...
Tension menunggu,

lepak lah kat situ sambil minum air dan
berborak (mengumpat kata nyer) ditambah dengan
CUCI MATA!!! ahahaha....

Kemudian muncul lah kereta
Proton GEN 2 warna merah....

Ibu Bapa dan 2 orang anak perempuan
berumur lebih kurang 9 tahun gitu...

Si bapa keluar dari kereta, aircond terbuka,
si ibu pun ikut sekali.

Tinggal lah si anak di dalam kereta..
Kami yang kat situ terpinga
dengan tindakan mereka...
DUrh!!!..

Si ibu bapa mereka merayap
mencari kaunter tiket bas,

Kami pun perhatikan lah
si anak kat dalam kereta tu....

Boleh lah pulak si Anaknya main stering Kereta tua
dengan enjin kereta berfungsi...aiyoooooraaaaa~~~
AKu ape lagi..menjerit lah!!!
Oiiiitttt~~ Budak kat dalam kereta tu terkejut kot...
ahahaha...aku tergelak dengan kawan ku....






Tak lama lepas kejadian tu, si anak-anak keluar
dari kereta
dan tutup kereta tu
(tanpa menutup enjin dan kunci berada di dalam kereta)...

sah2 terkunci dari dalam....
Bila Nak masuk balik dalam kereta,
Si ayah punya lah marah dengan mengata
"Jangan Main-main, dah suruh duduk diam"....
Si Ibu pun cakap,
"kan Mak dah Cakap DUDUK dalam KERETA!!,
JANGAN KELUAR"....

Si Ayah ternampak kami pandang
terus pandang ke bawah...
MALU!!!

Boleh lah pulak marahkan Si ANAk kecil,
sedangkan KESALAHAN diri SENDIRI yang BODOH....



*ada juga orang lain yang bantu cara untuk buka, kami tak mampu nak buat apa-apa, doa je lah supaya terbuka kanz....


Ya Allah, ada juga Ibu Bapa tak ada kesedaran
dan tanggungjawab mereka sendiri..

Bila ada kejadian kena culik, kena bunuh lah dan
sebagainya baru nak menyesal,

Menangis lah, minta bantuan lah,
cuba kita BERTINDAK BIJAK,

fikir secara WARAS tindakan kita....
Renung-renungkan lah..

yang kurang itu kelemahan saya,
yang baik itu dari ALLAH,

hakikatnya dua-dua itu dari - NYA...
kita hanya insan biasa...

Berusaha dan Bertawakkal

Sunday, December 5, 2010




MATAKU SAKIT!!!!!!!!



*Mataku yang sakit..saja bagi uoalz semua tengok..nak sebarkan...ahaha

06/12/2010
La ni baru aku nak update cerita ku ini...
Mata ni sakit sudah hampir seminggu lebih..
Bayangkanlah mata nie sakit tarikh dia...
29/11 aku kena sebelah mata jer...
Waktu 1 jumpa doc pada 30/11..Nama dia Dr. Maziah..
sweet gak...bujang ker??entah lah..ahaha
btw..dia kata aku kne rehat 2 hari..
kalo tak sihat datang balik jumpa dia...
So kena datang balik 3/12..
Kali ke-2 doctor yang sama bagi ubat yang kuat...
kuat dia memang PEDIH sesangat... macam mata ku nak kena cungkil...
So dapat cuti dari doc. dah 4 hari...
Nampak gaya kena tambah cuti nie..
Dari sebelah kena, berjangkit kesebelah pulak..dugaan...
Masih tidak baik mataku ini... Ya Allah dugaan mu aku terima...
semoga dosa-dosa ku terhapus...
mula-mula kena best juga...coz dapat mc..
tapi bila dah lame nie rasa sengsara pulak...
Tapi aku tekad juga hari Ini kena datang pejabat...
Tetiba pulak budak-budak kat pejabat suruh aku balik...
depa halau aku...depa takut berjangkit...
oooo...tak pe nanti kena baru tau..ahahaha...
*gurau je nadia, aien dan ecah...


*tekadkan diri untuk hadir ke pejabat..huhu


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



SALAM MAAL HIJRAH 1432 !!!


Pabila sampai masa Tahun Baru menjelma samada mengikut
Kalendar Islam (Hijrah) atau kalendar Barat (Masihi)
Pasti setiap insan akan berebut-rebut dan ingin membuat hajat
dan matlamat baru atau berusaha untuk memenuhi matlamat
yang tidak dapat dilaksanakan sebelum ini....

Oleh itu berbagai cara dan usaha yang dilakukan..
Kemudian tanya diri kita =
Bilakah kita nak mulakan??? Bagaimanakah Caranya??
kerana Ianya semua terpulang kepada diri kita sendiri...

Dan juga ada insan yang berusaha untuk berubah =
Dari Tidak Baik Menjadi BAIK,
Dari Baik Menjadi LEBIH BAIK,
Dari Lebih Baik Menjadi CEMERLANG dari segi
Akidah, Takwa, Akhlak, Iman, Ihsan, Pemikiran dan lain-lain...

Setiap dari kita pasti ada Kesilapan dan Kesalahan yang dilakukan
kerana kita ialah manusia yang kerdil, manusia yang lemah..
tetapi jangan pula dijadikan ianya sebagai alasan...
kerana dari kesilapan dan kesalahan kita pelajari
dan jadikan sebagai Pengajaran...
kerana itulah aku lalui pengalaman yang paling
PAHIT pernah aku rasa...
sungguh BODOH aku rasa...Menyesal yang tiada guna...
Tetapi Alhamdulillah, kerana ALLAH masih sayang aku,
DIA beri kifarah dan hidayah kepada ku,
Aku bersyukur dan bertaubat kepada MU tuhan...
Kedatangan Hijrah 1432 menjadi saksi aku ingin BERUBAH!!!
doakan aku wahai teman-teman supaya perubahan yang berperingkat-peringkat ini
dapat dikekalkan dan bertambah iman dan takwa kepada Mu Ya ALLAH...

*credit to iluvislam.com
cuma tak boleh nak edit Tahun 1431 ke 1432..sory...huhu

Thursday, November 25, 2010




SaHaBaT,
SaHaBaT, SaHaBaT ???






Aku, ecah, Hani dan Farah....Antara sahabatku..

Terlalu lama memikirkannya......Apa maksudnya??
Apa pandanganku?? Terlalu banyak benda yang
bermain berlegar di kotak fikiranku...
Bagiku, SAHABAT lebih daripada KAWAN...
kerana kawan merupakan seseorang yang pernah
kita berjumpa dan bermesra dengan kata lain
bergaul dengan baik.. Tetapi Sahabat pula
merupakan lebih kuat maknanya dan pada
ayat nya lebih kukuh berbanding Kawan..
Sahabat merupakan seseorang yang kita
rapat, kita perlukan dan saling memerlukan
samada semasa susah atau senang..

Sahabat ada banyak jenis..
Sahabat baik, sahabat tak baik,
Sahabat tikam belakang, sahabat karib,
Sahabat DUNIA & AKHIRAT...

Kita pilih lah salah satu bagi diri kita!!!..
Kalau Pilih yang baik, maka baiklah..
Kalau pilih yang x baik, maka x baiklah...
DAN juga..
Kita pilih lah sahabat yang kita NAK!!
kerana sahabat juga boleh mempengaruhi
akhlak, budi bahasa dan fikiran kita...




Kenangan group presentation final project
dari depan kiri : atirah, Hani dan Farah
dari belakang kiri : aku, Fahmi dan Soufe..

Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata :

"Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan"

Tetapi satu perkara yang perlu kita ingat!!!
Sahabat bukan ALAT, BENDA yang boleh
kita kawal setiap masa supaya sentiasa bersama
di samping kita...
Bermula dari perkenalan dan persahabatan
kerana ALLAH swt , maka jadilah persahabatan itu BAIK...
Jika kerana kita inginkan "SESUATU" kepentingan
seperti kemewahan, kesenangan daripada sahabat itu,
pasti persahabatan itu tidak berkekalan...

Dan paling sedih dan kita kena REDHA ialah,
setiap persahabatan atau perkenalan pasti ada PERPISAHAN,
Ianya berlaku disebabkan beberapa faktor seperti,
kerja, tempat tinggal, belajar dan juga PISAH NYAWA/DUNIA,
PERPISAHAN itu berlaku perlu kita lalui dengan REDHA,
semoga ianya memberikan kita kekuatan dan saling
sentiasa ingat mengingati kerana ALLAH...




Fahmi, Farah, atirah, Hani, aku, Firhat..Sem 3..MICE

Dalam kehidupan aku, banyak sahabat dan kawan
yang pernah aku jumpe...
Semasa belajar = Farah,Fahmi,Hani, Awien,
Nazim,Farha,Firhat,
Arif, Liza, Shay, Amy,Shida dan ramai lagi...
Kerja = K.sha, K.Ana, K.Nadia, Ecah, Aein.dan ramai...
Amir : sahabat ku yang paling rapat!!!..huhu
dalam banyak2 sahabatku..pernah rasa sahabat yang
baik sangat mcm nama yang dibold tue...ada juga kawan
yang tikam belakang, ada kawan gitu2 ja...huhu..
tapi itu semua menjadi pengalaman yang manis dan pahit..

TERIMA KASIH SAHABAT!!!



Arif , Aku, Firhat, Shay n Nazim (tanks guys be my frenz kat poly)



Lepaking dan Rayap2 kat ulu yam..tanks group!!!


Amir is my best frenz!!!



Kengkawan Class DUP PSIS !!! Lov u Guys!!

Credit logo : iluvislam.com (thanks)

Wednesday, November 24, 2010

"SPAGETTI BOLOGNISE CHINTA ALA MELAYU"


"SPAGETTI BOLOGNISE CHINTA ALA MELAYU"







KUAH SPAGETTI BOLOGNISE

Porsi 50 orang makan Bahan - Bahannya :

5 biji Carrot
4 biji Bawang holland
4 biji Lada/cili benggala
5 batang Saleri/Saderi
2 1/2 tin Tomato puri(besar)
1 kg Daging Kisar/Ayam Kisar (ikut minat anda)
2 sudu Rempah ratus bolognise (masterfood - include semua rempah)
(atau ikut citarasa, kalau tak jumpa boleh pakai daun thyme, bayleaf,
pudina, oregano)
Minyak masak (mazolla)
Meat stok / 2 ketul kiub pati knorr lembu
Sos cili
Garam
Gula
Lada Hitam
Sosej/Hotdog
Meatball/ Bebola Daging




Bahan - Bahan Sayur-sayuran yang perlu dipotong dadu



Antara bahan utama : Sosej dan Bebola daging boleh letak lain-lain seperti
bebola ayam, udang ker..ikut citarasa melayu katenyer..

CARA MEMASAK :


1) Daging kisar di masak dengan sedikit rempah ratus
bolognise seketika sehingga keluar air dan lembut.
Alihkannya dulu dan asingkan air rebusan dan daging.
2) Masukkan minyak masak. Setelah panas masukkan
bahan - bahan seperti carrot,bawang, lada benggala,
dan saleri. Kemudian masukkan sedikit rempah ratus
bolognise serta sedikit lada hitam dimasukkan.
3) Setelah naik bau dan kekuninggan bahan tadi,
masukkan daging kisar yang dimasak tadi.
4) Masukkan tomato puri,kiub pati knorr garam,
gula, dan sos cili secukupnya.
5) Masukkan juga sosej dan meatball.
6) Setelah mendidih, Kemudian masukkan 3-4 cawan air.
7) Biar ianya masak sambil dikacau supaya tidak hangus...
Rasa dan tambah perasa jika perlu.

Tips :
Mahu jadikannya lebih sedap!!!!....
- Air yang perlu dimasukkan digantikan dengan air rebusan
daging yang telah diasingkan tadi..
- Tambahkan sedikit chese ke dalam kuah ini selepas
tomato puri diletakkan..



Tumis sayur-sayuran yang telah dipotong dadu kecil bersama
sedikit minyak dan rempah ratus serta lada hitam..



Sosej dan bebola yang telah dipotong dimasukkan ke dalam kuah yang telah dimasukkan tomato puri dan daging kisar...


MEE SPAGETTI

Masak air, setelah mendidih masukkan sedikit
minyak dan mee tersebut...
Anggaran dalam20 minit.
Setelah mee masak, tapiskan mee tersebut dan
lalukan ianya dengan air.


Tips :
- Bagaimana ingin tahu Mee anda masak??
Ambil sedikit mee tersebut, gunakan jari
atau sudu, jika mudah putus maka sudah masak...
- Mee digaulkan dengan sedikit minyak supaya
tahan lama dan tak kering.
- Nak sedap lagi..Tambahkan cheese..



Akhirnya , siap juga spagetti bolognise chinta ala melayu...
Siap dalam bekas gitu...sedia menerima tempahan..
Hubungi : Musz 013-3009710..
Harga boleh berunding...

Monday, November 15, 2010

SALAM AIDIL ADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM
Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. Maka tidak dapat lagi kita lari dari berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada apa yang dijadikan sebagai ibadat korban yang ditetapkan oleh Allah swt. Allah swt telah menceritakan di dalam al-quran mengenai dua makhluk yang amat dekat di sisiNya ini yang bermaksud:

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),' (As-Saaffat:102-103)

Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil,dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun,cinta Allah lebih agung dari segalanya,disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya.

Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah swt.Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail,anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya ini,apatah lagi untuk menzalimi hambanya yang beriman yang akhirnya DIA mengurniakan rahmatNya:

'Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: ' (As-Saaffat:107-108)

Sahabat,ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa, bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka.Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberianNya. Layakkah kita ke syurga berbekalkan mahar yang dibawa?

Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,
Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,
Bagaimana pula dengan cinta kita?
Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia
Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta
Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja
Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya
Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja
Tunggu nanti bila meningkat tua
Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan!





Credit to : iluvislam.com